Menerusi coretan terbaharu di blognya, Tun Dr Mahathir Mohamad menulis tentang bagaimana Dasar Ekonomi Baru (DEB) mampu mengekang jurang kekayaan di antara masyarakat Melayu dan Cina di negara ini.
Perkara itu kata Dr Mahathir, turut diakui sebuah majalah dari Amerika Syarikat, 'Foreign Affairs' yang merujuk tentang bagaimana di bawah DEB, ekonomi Malaysia menunjukkan prestasi lebih baik daripada kebanyakan negara-negara membangun.
"Ada disebut juga bahawa Bumiputera memiliki hanya 2 peratus kekayaan negara sebelum DEB dan kekayaan mereka kini telah meningkat kepada 19 peratus. Perbezaan itu masih ada tetapi berkurangan. (Di Amerika Joseph Stiglitz menulis bahawa jurang perbezaan antara yang kaya dan miskin telah mencapai tahap yang berbahaya)," tulis Dr Mahathir.
Menurut majalah itu lagi, India dan Afrika Selatan juga telah mencuba tindakan afirmatif itu, namun hasilnya tidak sebaik di Malaysia.
"Nampaknya Malaysia lebih berjaya dalam membina masyarakat berbilang kaum yang lebih saksama daripada kebanyakan negara-negara berbilang kaum yang lain termasuk Amerika Syarikat. Dasar kesamarataan layanan iaitu meritokrasi tidak membuahkan hasil yang ketara.
"Majalah 'Foreign Affairs' seolah mengakui bahawa tindakan afirmatif Malaysia mempunyai merit. Sepertimana terdapat perubahan pendapat mengenai dasar kadar pertukaran tetap Malaysia, kini terdapat juga perubahan kutukan mengenai tindakan afirmatif kita, sekurang-kurangnya oleh Majalah 'Foreign Affairs'," tulisnya lagi.
Tampuk pemerintahan yang bertukar tangan menyaksikan DEB digantikan dengan Model Ekonomi Baru (MEB) di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2010.
Walaupun MEB masih lagi meneruskan agenda pembasmian kemiskinan dan penstrukturan semula masyarakat di Malaysia, namun cara pelaksanaannya adalah baharu.
Kaum Melayu dan bumiputera dikatakan cemas dan skeptikal tentang MEB kerana model ekonomi itu tidak menyatakan kuota 30 peratus dalam pemilikan ekonomi, sebaliknya memperkenalkan meritokrasi dan ketelusan.
The Journal Tun Dr. Mahathir Mohammad
Rabu, 28 Oktober 2015
The Journal Dr. Mahathir Mohammad - Dasar pandang ke Timur
DASAR PANDANG KE TIMUR
Latarbelakang
Dasar Pandang Ke Timur ini telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Dato`Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 8hb. Februari 1982 semasa Persidangan "5th Joint Annual Conference of MAJECA/JAMECA" di Hilton Kuala Lumpur. Dasar ini bermakna, pihak Kerajaan akan membuat pengkajian, penelitian dan pemilihan terhadap contoh-contoh dan teladan yang terbaik daripada negara Jepun dan Korea dengan mengubahsuaikannya dengan keadaan-keadaan di Malaysia. Adalah tidak tepat jika Dasar Pandang Ke Timur ditakrif sebagai mengambil apa sahaja dari Jepun dan Korea untuk dipraktik di Malaysia dan mengenepikan teladan yang boleh dipelajari dari negara-negara Barat.
Rasional
Seperti yang kita sedia maklum, negara Jepun dan Korea adalah merupakan dua buah negara yang begitu pesat membangun, di beberapa bidang, mereka adalah lebih maju dari beberapa negara Barat sendiri. Kejayaan kedua-dua negara ini boleh dijadikan contoh dan teladan kepada Malaysia dan seterusnya dipraktikkan bagi mencapai matlamat pembangunan negara dengan meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan sektor awam dan swasta.
Objektif
Rasional
Seperti yang kita sedia maklum, negara Jepun dan Korea adalah merupakan dua buah negara yang begitu pesat membangun, di beberapa bidang, mereka adalah lebih maju dari beberapa negara Barat sendiri. Kejayaan kedua-dua negara ini boleh dijadikan contoh dan teladan kepada Malaysia dan seterusnya dipraktikkan bagi mencapai matlamat pembangunan negara dengan meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan sektor awam dan swasta.
Objektif
Objektif utama Dasar Pandang Ke Timur ini ialah untuk meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan di negara ini serta mewujudkan golongan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang positif untuk meninggikan kemajuan negara.
Perkara-perkara yang harus ditumpukan melalui dasar ini ialah 'kerajinan dan disiplin bekerja, kesetiaan kepada negara dan perusahaan atau perniagaan di mana pekerja bekerja, keutamaan kepada kumpulan dan tidak diri sendiri, tekanan daya pengeluaran (productivity) dan mutu yang tinggi (quality), peningkatan kecekapan, pengurangan perbezaan dan perpisahan antara eksekutif dan pekerja am sistem pengurusan yang menitikberatkan kejayaan jangka panjang dan tidak semata-mata peningkatan dividen atau pendapatan kakitangan dalam jangka pendek, dan lain-lain lagi yang dipercayai boleh menyumbangkan kepada kemajuan bagi negara kita'.*
Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, nilai-nilai dan etika kerja di atas perlu diamalkan kerana ianya dapat membantu menjayakan usaha-usaha pembangunan yang dijalankan.
Dasar Pandang Ke Timur ini tidak bermakna bahawa Malaysia mengurangkan hubungan dagangannya dengan rakan-rakan yang ada sekarang. Sebaliknya Kerajaan akan terus memperluaskan lagi perdagangannya dengan mengadakan hubungan dengan rakan-rakan bukan tradisional di samping terus mengekalkan dan memajukan hubungan perdagangan yang setia selaras dengan kepentingan negara.
Strategi Pelaksanaan
T.Y.T. Perdana Menteri Jepun, Encik Nakasone, semasa dalam kenyataan akhbar bersama dengan Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir semasa Dato' Seri Dr. Mahathir membuat lawatan ke Jepun pada 23hb. hingga 29hb. Januari, 1983 dan kenyataan bersama Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir dan T.Y.T. Presiden Republik Korea, Encik Chun Doo Hwan semasa Dato' Seri Dr. Mahathir membuat lawatan ke Korea Selatan dari 8hb. hingga 14hb. Ogos, 1983 telah menaruh harapan yang tinggi bahawa Dasar Pandang Ke Timur ini akan mewujudkan kerjasama yang lebih rapat di antara Malaysia dengan kedua-dua negara itu terutamanya dalam bidang ekonomi, perindustrian, latihan-latihan teknikal dan akademik, program kemajuan eksekutif, penyelidikan dan pengurusan.
Selaras dengan dasar ini, Kerajaan telah menyusun strategi dan program bagi meningkatkan kecekapan, kekesanan dan penghasilan kerja yang lebih baik di kalangan pegawai dan kakitangan. Pegawai-pegawai dan pelajar Malaysia telah dihantar ke Jepun dan Korea untuk mempelajari selok belok teknikal dan aspek pengurusan di kedua-dua negara tersebut. Di antara program yang telah dijalankan adalah seperti berikut:-
a) Perubahan Struktur
b) Perubahan Sikap
c) Latihan dan Kursus
a) Perubahan Struktur
i) Kad Perakam Waktu Kerja (Punch Card)
ii) Penggunaan Tanda Nama (Name Tag)
iii) Penubuhan Pasukan Meningkat Mutu Kerja (QCC)
iv) Konsep Pejabat Terbuka
v) Perkhidmatan Kaunter/Perkhidmatan Pembayaran Bil Setempat
vi) Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja
b) Perubahan Sikap
i) Perkhidmatan Cemerlang
ii) Konsep Bersih, Cekap dan Amanah (BCA)
iii)Kepimpinan Melalui Teladan (KMT)
c) Latihan dan Kursus
Latihan dan kursus yang dijalankan di bawah Dasar Pandang ke Timur ini adalah seperti berikut:-
i) Latihan Perindustrian dan Teknikal
Tujuan program ini adalah untuk melatih pekerja di bidang teknikal dalam usaha meninggikan kecekapan dan menerap nilai kerja yang positif dari Jepun dan Korea dalam meninggikan penghasilan kerja.
ii) Program Pengajian Akademik
Tujuan program ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar Malaysia untuk menuntut ilmu sains dan teknikal di Jepun dan Republik Korea.
iii) Program Pengajian Teknikal
Program ini adalah menyediakan peluang latihan teknikal lanjutan pada pelajar-pelajar lepasan SPVM dan Politeknik.
iv) Program Kemajuan Eksekutif
Objektif program ini adalah untuk menyediakan latihan kepada eksekutif-eksekutif dalam mempelajari kaedah pengurusan dan pentadbiran kerajaan dan swasta di Jepun dan Korea. Mereka akan ditempatkan di beberapa firma dan agensi Kerajaan di Jepun dan Korea. Penekanan-penekanan yang di berikan dalam program ini ialah latihan-latihan dalam bidang pengurusan Sogoshosha, Perjawatan, Q.C.C dan pengurusan am.
v) Hubungan di antara Institusi-institusi
Program ini bertujuan untuk menyalurkan permohonan latihan yang diperlukan oleh Malaysia kepada institusi pengajian tinggi di Jepun dan Korea.
vi) Skim Latihan Pembangunan Usahawan
Program yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri memberi peluang dan pendedahan, usahawan-usahawan bumiputra terhadap idea baru dan teknologi luar pengetahuan-pengetahuan ini untuk memajukan urusniaga mereka. Program ini juga memberi peluang kepada mereka untuk mewujudkan peluang 'business contacts' dengan rakan-rakan perniagaan di sana.
Penutup
Sebagai kesimpulannya, Dasar Pandang Ke Timur merupakan satu usaha baik dan positif dari pihak Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan lagi prestasi pengurusan dan pembangunan di negara ini. Melalui kajian yang telah dibuat oleh pihak INTAN, Dasar ini telah memberi kesan yang besar terhadap usaha-usaha di atas dan seterusnya Dasar ini dapat membantu usaha Kerajaan untuk meninggikan prestasi dan daya pengeluaran negara ini. Di samping itu ianya boleh menjadi asas pengwujudan sebuah masyarakat yang dinamik dan progresif.
Isnin, 17 Ogos 2015
Sumbangan pencapaian bertaraf dunia oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad (Perdana Menteri Malaysia Keempat 1981-2002)Wawasan 2020
Sumbangan pencapaian bertaraf dunia oleh
YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad (Perdana Menteri Malaysia Keempat 1981-2002) Wawasan 2020
YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad (Perdana Menteri Malaysia Keempat 1981-2002) Wawasan 2020
Harapan Tun Dr Mahathir bin Mohamad adalah menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.
Wawasan 2020 adalah satu penyataan cita-cita. Bagaikan seorang artis, Tun Dr Mahathir bin Mohamad menampilkan satu falsafah yang murni yang kemudiannya disusuli dengan perlaksanaan yang berterusan. Matlamatnya ialah pembangunan yang berwajahkan kemanusiaan dengan persekitaran yang seimbang.
Memberkenalkan pelbagai Slogan, Dasar dan Konsep baru
Dasar Pandang KetimurDasar Penerapan nilai-nilai IslamDasar Kependudukan 70 jutaWawasan 2020Slogan "Bersih, Cekap dan Amanah".
Sejak dilantik sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bin Mohamad tidak pernah letih memperkenalkan perubahan. Langkah awalnya setelah menjadi Perdana Menteri ialah memperkemaskan jentera kerajaan dengan menggerakkan kempen 'Bersih - Cekap - Amanah' dan 'Kepimpinan melalui teladan' ke arah menerap nilai kebertanggungjawaban dan etika murni dikalangan kakitangan awam khususnya dan masyarakat amnya. Beliau juga memperkenalkan penggunaan 'kad perakam waktu' dan pemakaian tanda nama kepada kakitangan kerajaan
Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga menampilkan 'Dasar Kependudukan 70 juta' ke arah menjadikan Malaysia mempunyai pasaran dalam negara yang mampu menyokong pengeluarannya.
Dasar pandang Ke Timur
Beliau tidak gentar dengan kontroversi dan pernah menggemparkan hubungan baik diplomatik Malaysia British dengan mengamalkan dasar 'Buy British Lasts" sebagai satu tindak balas di atas sikap London yang mendiskriminasikan kepentingan Malaysia Beliau kemudiannya memperkenalkan 'Dasar Pandang Ke Timur' dengan menjadikan budaya kerja masyarakat Jepun dan Korea sebagai suatu yang harus diteladani oleh rakyat demi meningkatkan produktiviti serta menyemai etika kerja professional.
Dasar Penswastaan
Antara elemen penting dalam Dasar Pandang Ke Timur ialah melihat bagaimana Negara Jepun dan Korea boleh menjadi sebuah negara maju dan menjadi pemimpin dalam beberapa jenis industri dunia. Program penswastaan mula diketengahkannya pada tahun 1983 sebagai satu usaha melihat penting peranan swasta. Beliau juga melihat beberapa sektor dalam kerajaan perlu diswasta agar dapat diuruskan secara profesional dan menguntungkan serta dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam menjana projek-projek pembangunan. Pengswastaan terhadap entiti kerajan juga digerakkan agar organisasi yang diswastakan lebih cekap.
Pengswastaan melibatkan pemindahan kuasa kawalan, kepentingan ekuti dan pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta. Penswastaan terhadap industri perkhidmatan juga diperkenalkan demi mempertingkatkan mutu khidmat kemudahan awam supaya lebih selesa. Sealiran dengan dasar itu beliau menampilkan 'Dasar PengsyarikatanMalaysia yang bertujuan menjana kerjasama antara sektor awam dan swasta agar kedua-duanya bekerja sebagai rakan kongsi dalam pembangunan.
Dalam memperhebatkan eksport negara, Tun Dr. Mahathir memperkenalkan 'Sogossosha Malaysia yang diceduk dari versi Jepun yang bertujuan menjadikan syarikat-syarikat Malaysia berdaya saing di peringkat antarabangsa dengan penyatuan sumber dalam usaha meluaskan pasaran produk Malaysia.
Dalam usaha ke arah membina negara maju proses industrialisasi adalah sesuatu yang wajib. Sehubungan itu beliau telah melancarkan 'Dasar Perindustrian Negara' yang bertujuan mengorentasikan kegiatan ekonomi Malaysia kepada eksport barangan industri demi mengurangkan pergantungan ekonomi terhadap komoditi dan seterusnya mempertingkatkan teknologi negara melalui pemindahan teknologi. Melalui dasar ini HICOM, Perwaja dan beberapa kilang berkapasiti tinggi telah diwujudkan.
Penggerak Industri Permotoran Malaysia
Tun Dr. Mahathir mahu Malaysia terlibat dalam industri permotoran agar rakyat negara ini dapat menguasai teknologi dan kekayaan yang ada dalam industri ini. Hasil dasar ini maka lahirkan kereta nasional 'Proton Saga'. Sejak itu Malaysia menjadi pemain yang aktif dalam industri otomobil dengan mengeluarkan van 'Rusa' dan motosikal 'Kriss' dan menjadi pengeksport kereta yang berdaya maju. Malaysia juga adalah hub pemasangan beberapa jenama kereta terkenal bagi rantau Asia Tenggara.
Tidak cukup dengan dengan membuat kereta, beliau juga menggerakkan projek litar Formula 1 yang bakal menjadikan Malaysia salah satu destinasi grand prix dunia Negara juga menaja pasukan formula 1 Stewart. Pada tahun 1993 Malaysia terlibat dalam bidang pengeluaran pesawat terbang ringan 'Eagles X-TS'. Belum sempat rakyat mengejar teknologi negara di jalan raya, beliau telah membawa negara ke angkasa lepas. Beliau mengasaskan Pusat Kajian Sains Angkasa Lepas dan impiannya terserlah dengan terbinanya Planetarium Negara yang dilancarkan pada tahun 1994. Sehubungan itu beliau telah mengilhamkan agar Malaysia mempunyai satelitnya sendiri. Ini menjadi kenyataan apabila tirai tahun 1995 ditutup dengan pelancaran MEASAT 1 dan disusuli dengan MEASAT 2 pada Oktober 1996.
Perubahan dan pembaharuan dalam pentadbiran Tun Dr. Mahathir
· -Membaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan dalam sektor awam
· -Mengubah masa kerja
· -Mengarahkan penggunaan kad perakam waktu
· -Mengarahkan penggunaan kad tanda nama
· -Melaraskan waktu antara semenajung Tanah Melayu dan Sabah, Sarawak
Tun Dr. Mahathir adalah seorang yang menjaga waktunya, sehubungan itu beliau telah menukar waktu negara dengan mempercepatkan setengah jam di Semenanjung agar selaras dengan Sabah dan Sarawak sebagai satu usaha integrasi nasional. Dalam proses itu Singapura telah diyakinkan untuk turut serta.
Malaysia juga mengalami pembangunan prasarana yang luar biasa pesatnya di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir. Projek lebuhraya menghubungkan utara - selatan dan timur - barat semenanjung telah menjadikan Malaysia negara yang mempunyai rangkaian lebuh raya antara yang terbaik di dunia. Malaysia juga melangkah ke era pengangkutan berteknologi tinggi apabila transit aliran ringan (LRT) diperkenalkan di Kuala Lumpur.
Project Lubuhraya Utara-Selatan
Memperkenalkan bandar pentadbiran moden
Pada September 1996, kerajaan telah mengumumkan pembinaan bandaraya pentadbiran persekutuan 'Putrajaya' yang bernilai RM2.6 bil. Putrajaya sebuah bandar pentadbiran terancang mempunyai falsafah murni ke arah mempertingkatkan produktiviti pentadbiran awam negara dan seterusnya mewujudkan 'kerajaan elektronik'.
Pencapaian bertaraf dunia
Dalam tahun 1996 Tun Dr. Mahathir melihat satu lagi impiannya menjadi kenyataan apabila struktur tertinggi di Malaysia menjadi kenyataan. Menara Kuala Lumpur yang menempatkan pusat transmisi TV dan telefon selular merupakan manara konkrit yang tertinggi di dunia dan semestinya mercu tanda ibukota yang paling bergaya dengan ketinggian 451.9 m. Menara ini juga menara telekomunikasi yang ketiga tertinggi di dunia Rekod Malaysia tidak bernoktah di situ sahaja. Dr Mahathir juga mengilhamkan 'Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yakni projek hartanah yang terbesar di dunia dengan nilai RM 2bil. Bangunan ini merupakan bangunan tertinggi di dunia hingga selesai pembinaannya dengan 88 tingkat menara berkembar di atas lokasi seluas 40 hektar. Meskipun beberapa sudut dunia bakal menampilkan bangunan yang lebih tinggi, namun rekod ini akan kekal sebagai menara 'berkembar' yang tertinggi di dunia bagi abad ke dua puluh dan juga untuk buat beberapa tahun yang akan datang.
Malaysia pada tahun 2002 dijangkakan mempunyai sebuah empayar hidroelektrik baru iaitu Empangan Bakun, sebuah projek mega yang bernilai RM20bil. di Sarawak. Tidak syak lagi, projek ini yang telah diistiharkan sebagai 'projek negara' merupakan projek prasarana yang terbesar di Malaysia dan bakal dipeta sebagai empangan yang terbesar di Asia. Menyedari bahawa industri penerbangan awam bukan hanya memerlukan pesawat terbang canggih tetapi juga lapangan terbang yang serba boleh, Dr. Mahathir telah menukar kawasan ladang di Sepang kepada tapak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Lapangan terbang ini akan tampil sebagai yang tercanggih di rantau ini dengan nilai RM9 bil. Apabila siap sepenuhnya, ia akan dapat menampung perjalanan 100 juta penumpang setahun dan pastinya menjadikan Penerbangan Malaysia (MAS) antara yang paling kompetitif di dunia
Tun Dr. Mahathir berpandangan jauh, beliau bukan saja mempelajari dan memiliki komputer di pejabatnya, tetapi beliau juga mahu rakyat Malaysia menguasai teknologi komputer. Pada tahun 1997, Tun Dr. Mahathir memperkenalkan 'Koridor Raya Multimedia (MSC)' yang akan menjadikan Malaysia pusat pelaburan dan eksperimen pembangunan prasarana multimedia yang terunggul di dunia. MSC akan menggabungkan semua ruanglinkup industri teknologi maklumat dalam sebuah persekitaran yang khusus buatnya. Sehubungan itu sebuah bandar ultra-tekno 'Cyberjaya' akan dibina dengan harapan MSC bakal menjadi satu-satunya bandar siber dunia . Gagasan MSC akan menempatkan kerajaan e-elektronik dan universiti multimedia serta menjadi pemangkin kepada perlaksanaan sekolah bestari, tele-perubatan, kad pintar, pusat pemasaran tanpa bersempadanan serta pusat pengeluar web sedunia.
Tun Dr. Mahathir berhasrat agar Malaysia menjadi teraju dan tumpuan dalam industri pendidikan. Malaysia diharap menjadi tumpuan pelajar-pelajar dalam dan luar negara untuk mendapatkan pendidikan tinggi. Kehadiran pensyarah-pensyarah dalam dan luar negeri bersaing menwujudkan satu budaya ilmu yang baru. Aspek pembangunan akademik menjadi instrument penting untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju. Malaysia kini menjadi tumpuan bukan sahaja kepada pelajar luar yang datang menimba ilmu tetapi juga kepada universiti-universiti luar yang datang untuk menyebarkan ilmu samada dengan membuka cawangan atau mengadakan program berkembar di sini. Dasar liberalisasi pendidikan yang dilaksanakan ini bakal mencorakkan Malaysia sebagai pusat pendidikan tinggi di rantau Asia Tenggara. Tidak setakat pendidikan tinggi, konsep kecermelangan pendidikan juga akan diterapkan ke peringkat sekolah dengan memperkenalkan 'sekolah bestari' (smart school) yang bakal beroperasi penuh menjelang tahun 2000.
Tidak kira apa gagasannya - negara membangun, negara dunia ketiga, negara kecil atau negara miskin - beliau dengan berani menyuarakan masalah mereka dalam forum-forum antarabangsa serta menyelar negara-negara maju yang tidak ikhlas membantu malah menindas dengan prejudis. Pandangannya yang kritis tetapi nyata, telah menjadikan beliau jurucakap kepada negara-negara dunia ketiga dan pembela agama Islam yang konsisten. Malaysia mampu berbuat demikian kerana Malaysia "Merdeka' bukan sahaja dari segi politik tetapi juga ekonomi dan yang lebih penting - dari segi spiritualnya.
Assalamualaikum w.b.t. buat seluruh penduduk bumi khalifah sekalian alam..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Berbahagia lah kita kerana masih diberikan nafas untuk kita terus berbakti di bumi yang bertuah ini..dimulakan tajuk, adanya Blog ini sekalian Maklum adalah untuk mengenang kembali dan memperingati jasa-jasa Mantan Perdana Menteri kita Tun Dr. Mahathir Mohammad..beliau adalah seorang yang boleh dianggap sebagai Wira buat Bangsa Melayu..manakan tidak sepanjang beliau memerintah selama 22 Tahun pelbagai kemajuan sumbangan dan cetusan idea-idea yang dicurahkan oleh Beliau..seperti yang sedia maklum, Tun Dr. Mahathir Mohammad amat dikenali di persada Dunia dan amat dihormati..beliau dikenali sebagai Doktor di bidang perubatan yang melibatkan diri di kancah politik dengan pemikiran-pemikiran beliau yang bijaksana..jika di Negara-negara Barat khususnya mereka mengangkat 'Alexandar The Great ' sebagai perwira mereka..apa salahnya kita mengangkat ' Tun Dr. Mahathir Mohammad' sebagai Hero bagi Bangsa Melayu bertepatan banyaknya jasa-jasa beliau di Tanah Air kita yang tercinta ini..Membuka Madah saya di hari ini saya mendoakan semoga Tanah air Malaysia kita yang tercinta ini dilimpahi Rahmat oleh Allah s.w.t dan menjadi sebuah Negara yang Maju seperti yang diilhamkan oleh Ayahanda Tun Dr. Mahathir Mohammad bagi menjadikan Negara Malaysia Maju menuju kearah Wawasan 2020...''
-The Doctor in the House.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Berbahagia lah kita kerana masih diberikan nafas untuk kita terus berbakti di bumi yang bertuah ini..dimulakan tajuk, adanya Blog ini sekalian Maklum adalah untuk mengenang kembali dan memperingati jasa-jasa Mantan Perdana Menteri kita Tun Dr. Mahathir Mohammad..beliau adalah seorang yang boleh dianggap sebagai Wira buat Bangsa Melayu..manakan tidak sepanjang beliau memerintah selama 22 Tahun pelbagai kemajuan sumbangan dan cetusan idea-idea yang dicurahkan oleh Beliau..seperti yang sedia maklum, Tun Dr. Mahathir Mohammad amat dikenali di persada Dunia dan amat dihormati..beliau dikenali sebagai Doktor di bidang perubatan yang melibatkan diri di kancah politik dengan pemikiran-pemikiran beliau yang bijaksana..jika di Negara-negara Barat khususnya mereka mengangkat 'Alexandar The Great ' sebagai perwira mereka..apa salahnya kita mengangkat ' Tun Dr. Mahathir Mohammad' sebagai Hero bagi Bangsa Melayu bertepatan banyaknya jasa-jasa beliau di Tanah Air kita yang tercinta ini..Membuka Madah saya di hari ini saya mendoakan semoga Tanah air Malaysia kita yang tercinta ini dilimpahi Rahmat oleh Allah s.w.t dan menjadi sebuah Negara yang Maju seperti yang diilhamkan oleh Ayahanda Tun Dr. Mahathir Mohammad bagi menjadikan Negara Malaysia Maju menuju kearah Wawasan 2020...''
-The Doctor in the House.
Langgan:
Catatan (Atom)